- Berita Dunia
- Meja Berita
- Source: Utusan Malaysia
TAPAH: Demi mencari rezeki menyara keluarga, seorang lelaki Orang Asli sanggup mempertaruhkan nyawa memanjat pokok petai setinggi lebih 100 kaki di sekitar Kampung Orang Asli Batu 8, Kuala Woh, di sini. Bar Ahi a/l Bah Tinas, 57, berkata, meskipun sudah berpengalaman memanjat pokok petai sejak kecil, dia tetap berhati-hati menjalankan kerja itu kerana menyedari risiko terjatuh boleh mengakibatkan kecederaan parah atau lumpuh. Katanya, pekerjaan itu menjadi sumber pendapatan utama bagi menyara isteri dan anak-anak memandangkan peluang pekerjaan yang terhad bagi penduduk Orang Asli yang tinggal berhampiran kawasan hutan. “Sudah menjadi sumber rezeki saya memanjat dan memetik petai di atas pokok. Walaupun terpaksa bergadai nyawa, saya perlu melakukannya kerana itulah pekerjaan yang ada untuk menyara keluarga,” katanya. Beliau berkata, kemahiran memanjat pokok petai dipelajari daripada bapanya sejak kecil sebelum meneruskan pekerjaan itu sebagai pendapatan menampung keperluan keluarga. Katanya, pengalaman berdepan pelbagai kesukaran ketika memanjat pokok tidak pernah membuatkannya berhenti, malah dia pernah terjatuh beberapa kali akibat batang pokok yang basah dan licin selepas hujan. “Mencari petai di dalam hutan bukan kerja mudah, namun kerana ada permintaan, saya sanggup menggadai nyawa memanjat pokok petai demi mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan,” katanya. Menurutnya, permintaan terhadap petai membuka peluang untuknya mengambil upah memanjat dan memetik buah berkenaan sebelum hasilnya dijual kepada pemborong yang menunggu di luar kawasan hutan. Bagaimanapun, katanya, musim petai tidak menentu kerana ada kalanya pokok mengeluarkan buah yang banyak, manakala pada waktu lain hasilnya sedikit sehingga tidak berbaloi untuk dipanjat. – UTUSAN The post Bergadai nyawa panjat pokok petai 100 kaki appeared first on Utusan Malaysia.
— Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan InCoSSAA 2023 dari 4 hingga 6 Oktober 2023, melibatkan 300 peserta bersemuka dan kira-kira 10,000 peserta dalam tal
— Malaysia International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2023 berlangsung di Kelantan dari 6 hingga 8 Oktober 2023, menghimpunkan murid dari Malaysia, Thailand,
— Malaysia menyertai pencalonan multinasional bersama Brunei Darussalam, Indonesia dan Singapura untuk mendaftarkan Zapin dalam Senarai Representatif Warisan Buda