
- Berita Dunia
- Meja Berita
- Source: Utusan Malaysia
BUKIT GANTANG: Seramai 45 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Matang susulan kejadian ribut yang menjejaskan empat kampung dalam Mukim Matang, semalam. Berdasarkan laporan situasi semasa bencana ribut yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Larut, Matang dan Selama, jumlah itu direkodkan setakat pukul 10 malam tadi. Empat kawasan terjejas ialah Kampung Changkat Baru Matang, Kampung Teluk Kertam, Kampung Melawati dan Kampung Hujung Matang. Menurut laporan tersebut, PPS SK Matang dibuka pada pukul 6.30 petang semalam bagi menempatkan penduduk yang terjejas. Daripada 45 mangsa yang menetap di PPS berkenaan, 17 merupakan lelaki dewasa, 15 wanita dewasa, sembilan kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan. Turut direkodkan dalam kalangan mangsa ialah tujuh warga emas, terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita, serta seorang lelaki orang kurang upaya (OKU). Selain itu, seramai 82 mangsa daripada 46 keluarga berdaftar di PPS tersebut tetapi tidak menetap di pusat berkenaan. – UTUSAN The post 45 mangsa ribut ditempatkan di PPS appeared first on Utusan Malaysia.
— Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan InCoSSAA 2023 dari 4 hingga 6 Oktober 2023, melibatkan 300 peserta bersemuka dan kira-kira 10,000 peserta dalam tal
— Malaysia International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2023 berlangsung di Kelantan dari 6 hingga 8 Oktober 2023, menghimpunkan murid dari Malaysia, Thailand,
— Malaysia menyertai pencalonan multinasional bersama Brunei Darussalam, Indonesia dan Singapura untuk mendaftarkan Zapin dalam Senarai Representatif Warisan Buda